petikan dari php.net.my
...
Teringat dulu masa Meetup PHP 2007
ada orang tu offer aku bagi talk
ikutkan taklah mahir sangat dalam php lagi
masih baru nak menjelajah dunia php & mysql
ingat bagi talk senang, semudah kita bercakap sehari-hari
rupanya agak mencabar juga laa
tu adalah pengalaman pertama bercakap dengan orang-orang yang tak kenal
tiba-tiba ada emas dalam mulut aku sehingga suara aku tak beberapa clear
selama ni pun kalau bagi talk/persembahan di kolej dan universiti
adalah di kalang orang yang kita kenal aje
tu pun sebagai syarat nak lulus subjek
tapi talk yang terkini pernah aku hadir ialah di
Ihack 2008 di Uitm dan juga Kursus Kenegaraan
Di Ihack 2008, ikutkan aku agak kurang faham sikit
sebab dia orang cakap dalam bahasa yang aku tak beberapa mahir (english laa)
jadi sedikit boring laa, namun ada seorang tu walaupun topik yang dibagi
adalah sepatah dua yang faham, tapi dia berjaya menarik perhatian pendengar
di kalangan student uitm yang dipaksa (kabar angin laa) oleh pensyarah dia orang
oleh tu jika anda ingin menjadi jurucakap/talk yang berjaya,
pastikan apa yang anda cakap dapat menarik perhatian pendengar
walaupun benda yang anda cakap tu agak susah nak faham
benda baru katakan ia tak
jadi aku cubalah aplikasi di kursus kenegaraan iaitu cakap benda yang dapat
menarik perhatian orang ramai hehehe
entah macam mana mulut aku tiba-tiba jadi banyak pulak
(banyak cakap laa)
kesimpulannya, ambil tali lepas tu ikat betul-betul. eh apa aku melalut ni
jadi cakap benda yang menarik perhatian kepada anda
tak perlu suara sedap macam siti nurhaliza
mawi pun orang kutuk berbakul-bakul masa dalam AF3
tetap orang ramai pilih dia jadi pemenang kan kan kan
lepas ni aku berazam dengan bersungguh-sungguh
sehingga orang akan offer beribu-ribu ringgit
semata-mata nak dengar aku cakap atau berceloteh
di malaysia dan di peringkat antarabangsa
terutama topik pasal php, database, design, programming,
open source, keselamatan, virus.
bayangkan tiap-tiap minggu aku terbang ke seluruh dunia
eropah, usa, china, jepon, timur tengah,
singapure, brunai, indonesia
austraria, kutub utara, kutub selatan
hahaha
...
|